Monday 31 October 2011

nak sambut ke???

Esok 1/11/11 cantik tarikh tu kan..
tapi bagi aku takot untuk tempoh hari tu..
setiap tahun kami 1 family akan sambut birthday Jai,
ada kek..
ada kejutan dari mak ..
ada hadiah..
yang penting pagi2 jai akan bangun kejut kan kami semua..
"cepat-cepat bangun hari ni birthday abang Jai.."
"wish happy birthday cepat."
kami akan dipaksa untuk ucap 

"HAPPY BIRTHDAY JAI."

aku tak pasti esok 
dapat ke kami macam tahun2 sebelum ni.
Apabila melihat keadaan Jai 
mungkin kami simpan dulu wish tu. 



Monday 24 October 2011

operation ke-6

Hari ni jai akan masuk bilik operation kali ke-6 jam 12.30 malam,
kali ni doktor nak tebuk leher dia pulak.hmmmmm...
coz doktor cakap paru-paru jai ada masalah 
dan banyak kahak=punca semua kerana hisap rokok.
(so laki2 semua berhenti merokok ye..)

Tubuh jai makin cengkung,bukan sebab tak makan.
doktor ada bagi susu tapi badan jai tak terima dan tak boleh hadam.
sekarang masalah jai paru2 dan buah pinggang.
mak cakap 
buah pinggang kiri jai hancur memang tak boleh berfungsi.
hmmm aku tahu jai kuat.

Doktor kata luka jai dah mula mengering.
luka bahagian bawah daging dah mula tumbuh.
Alhamdulillah...

Nak balik....

Tadi aku dapat call mak cakap,
jai mengamuk nak balik...
tangan jai merayap cuba nak cabut 
wayar2 dan besi kat badan jai.
tekanan darah pon mula meningkat.
jai cakap,
"adik nak balik."
"adik tak tahan sakit ni mak"
mak cuba tenangkan jai.
nurse bagi ubat tido dan terpaksa ikat tangan dia.
Ya Allah kuatkan semangat jai.
Amin.

Sunday 16 October 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum,
  Alhamdulillah itu yang aku mampu ucapkan,,keadaan adik ku sekarang dah semakin pulih.hanya tinggal luka yang dibelah bawah dan belakang(akibat diseret jauh).semalam jai sedar setelah 9 hari koma.Keadaan agak kelam kabut kerana jai mengamuk dan mencabut tiub yang ada kat mulut dia..wooww menggelabah semua staff nurse..pertama yang jai mintak "nak air",tapi nurse tak boleh bagi coz takot tersedak.
Baru 3hari tak tengok jai badan dia dah makin kurus dan cengkung sedih je tengok muka dia bila dia cakap
"mak adik nak air.."
tangan dia terkapai2 minta air.

Alhamdulillah dengan keadaan dia sekarang.
Dan aku harap sangat dia akan semakin pulih 
selepas operation kali ke5 esok..
 Amin....

Saturday 8 October 2011

MUHAMMAD JAIPUTRA

Sebelum kejadian,petang tu jai jumpa sepupu aku juga 1 tempat kerja dengan jai.Jai cakap "Abang boy ni last abang boy jumpa jai.Lepas ni abang boy dah tak jumpa jai dah,sebab semua orang tak sayang jai."
Abang boy fikir jai tak serius dan mungkin jai bergurau.

Selepas jai habis kerja jai start motor dan ikut belakang kereta abang ali(juga 1 tempat kerja jai).Jai ketuk tingkap kereta abang ali.Abang ali terkejut,"kenapa ko ikut jalan ni.?pergi balik ni bukan jalan balik ko." 
Jai tersengih "Saje je bang nanti saya u-turn la depan tu"
Abang ali tak sangka tu kali terakhir jai bercakap dengannya.

Ketika jai membelok untuk u-turn 1 lori minyak 12 tan menghimpit jai ke kiri hingga jai hilang kawalan.Jai jatuh keseorangan tanpa saksi.Lori jahanam tu hanya berhenti untuk ambil no plat motor jai .Keadaan jai sikit pon tak dihiraukan.
Nasib jai baik kerana ada hamba Allah yang cepat ambil tindakan call ambulan,bila melihat  keadaan jai terlampau parah.
Terima kasih.
6/9/11 keadaan jai selepas 6jam dibilik bedah.
doktor sah kan dua-dua kakinya tak patah hanya pinggang sahaja,
telurnya dah dibalut semula tapi koyakan belum dijahit lagi.
usus jai dikeluarkan untuk pembersihan.Dalaman jai keadaan baik.tapi pendarahan jai masih tidak berhenti.
Ya Allah kuatkan semangat adikku Muhammad jaiputra.

MUHAMMAD JAIPUTRA

Jam 7.50 pm hari khamis aku dapat panggilan call dari mak."akak,ko kat mana balik sekarang.Jai excident.".Pendek sahaja panggilan mak,aku terkedu.

Jam 8.00pm ayah aku pula call."akak,kat mana?ayah otw nak ke hospital.ambulan dah hantar ke hospital."air mata aku dah mengalir.Aku bergegas ke hospital.

Jam 8.45pm aku sampai di kecemasan,disana makcik ,sepupu-sepupu dan kawan-kawan adikku dah sampai.aku lihat keadaannya lututku lemah.aku dengar suaranya mengerang kesakitan."sakit...sakit..sakit..".
Ya Allah selamatkan la adik aku.
.
Mak aku tiba jam 9.15pm,doktor mintak mak sain macam2 surat.
Mak terduduk bila doktor terang keadaan adik.

-kemungkinan pendarahan di kepala
-kaki kiri patah
-pinggang patah
-telur koyak hingga ke belakang punggung
-dalaman hancur

Mak menangis.Ayah terduduk.Kami hanya mampu berdoa.
sebelum adik ditolak ke bilik bedah.
Mak dan ayah ajar adik mengucap tapi adik cakap.
"mak sakit..sumpah mak sakit...adik tak tahan.ampunkan salah adik.adik mintak maaf kat semua"adik genggam tangan mak.Mak usap kepala adik tenangkan adik.
"ingat mak sayang kan jai..jai anak mak yang baik..,jai sayang mak kan..jai mesti kuat k." itu kata2 mak sebelom adik masuk ke bilik bedah.
kami umpama kembar.

Monday 3 October 2011

HARI TERBUKA POLIS

Sabtu lepas aku ngan family kuar g KL.Niat hati nak cari barang baby tapi TERsinggah kat Dataran Merdeka .Pelik kenapa jem semacam je..rupa-rupanya ada Hari Terbuka Polis(Nampak sangat aku tak ambil tahu hal luar hee)...Banyak booth yang diorang buka salah satunya booth FRU,JENAYAH SIBER,POLIS TRAFIK n SENJATA.Banyak pengetahuan yang aku dapat kat sana.yang paling best dapat pegang senjata-senjata yang diorang guna dalam bertugas dan jumpa abang polis yg hensem2...ngeee..

Jom layan gambar-gambar kat bawah ni...
(adik aku ngah aim baek punya)
(saya bangga)
(adik bongsu)

hehehe ada gaya tak???

P/S:rugi tak datang awal coz ada banyak aktiviti yang aku terlepas dan juga makan free...hee hee hee......