Sunday 29 January 2012

DAFTAR JE DAPAT DUIT...CEPAT!!!

Wazzub Power Earn Usd
JOM buat duit tanpa keluar duit!! Peluang duit percuma lg. FREE Register..
Ramai yang belum kenal apa itu Wazzub. Wazzub adalah website yang bakal
menandingi kehebatan Google dan Facebook. Wazzub akan memberi 50%
daripada keuntungan yang diperolehinya kepada setiap ahli yang berdaftar sebelum 09 APRIL 2012.

IMPORTANT: WAZZUB STAYS FREE FOREVER! YOU NEVER HAVE TO PAY US A SINGLE DOLLAR!
BERTINDAK SEKARANG !!! DAFTAR SINI: http://signup.wazzub.info/?lrRef=20a7f

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Siapa pemilik dan melakukan operasi WAZZUB?

WAZZUB adalah projek antarabangsa dicipta oleh mereka yang mampu daripada pelabur dan usahawan. Pada September 2011, mereka menjumpai GIT Global Investments, Inc. (GIT) yang bertujuan menjalankan WAZZUB dan perniagaan yang berkaitan. GIT didaftarkan dibawah undang-undang Oregon. No. Pendaftaran : 802159-90.
Pasukan terdiri lebih 20 orang yang berkemahiran tinggi (pakar) sedang bekerja keras menjadikan WAZZUB sebagai kejayaan besar; sebahagian bekerja dibelakang takbir dan sebahagian lagi bekerja serta bersemuka dengan ahli, seperti contoh, Pakar Pengedar dan Staf Bantuan Sokongan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bunyi WAZZUB sangat bagus dan ianya adalah benar. Adakah WAZZUB penipuan atau suatu perniagaan yang sebenar?

Sangat Pasti WAZZUB melakukan perniagaan sebenar tapi bukan perniagaan tradisional. Internet merubah dunia dan ada banyak ruang disana untuk sebuah model perniagaan yang inovatif, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. WAZZUB adalah salah satu model perniagaan.
Pertama kali dan selamanya, komuniti online berkongsi keuntungan dengan ahli-ahli daripada pendaftaran pra-pelancaran. Sebab itu ianya pertama kali dinamakan sebagai Fenomena Perkongsian Keuntungan.
Sebenarnya, WAZZUB sangat bagus di sampaikan.

TAWARAN
INI AKAN DITUTUP KEPADA SEMUA
PADA
9 APRIL 2012 (WAKTU BARAT)

APA YANG SEPATUTNYA ANDA LAKUKAN ???

AMBIL TINDAKAN SEKARANG...
DAFTAR SINI: http://signup.wazzub.info/?lrRef=20a7f

UNJURKAN MASA DEPAN ANDA...DENGAN MULAI PROMOSI.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

DAH DAFTAR TERUS PERGI KE EMEL YANG ANDA DAFTAR KLIK LINK PENGESAHAN DARI WAZZSUB KAT EMEL ANDA..KALAU TAKDA KAT INBOX TENGOK KAT SPAM, PASTU LOGIN GUNA EMEL & PASSWORD YANG TELAH ANDA DAFTAR, YA LINK ANDA ADA DI SITU.. SO TUNGGU APA LAGI PROMOTE LER SAMPAI LEBAM, INSYAALLAH 15/5/2012 DAPAT LA KITA HASILNYA.

Friday 27 January 2012

Kami lapar sangat..

Tadi kat FB terbaca ni..So,aku nak kongsikan dengan korang semua...


(gambar ni pon aku pinjam dari FB yang sama)




Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. 
Kenapa? Sebab nak beli beras. 
“Kami lapar sgt,” kata mereka. 
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. 
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. 



Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. 
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. 
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. 
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. 


Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. 
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. 
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 
Tak makan, jawabnya. 
Sebelum ke KAFA? 
Tak makan. 
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami. 
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?” 
Dia mengangguk. 
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 


Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. 
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan. 
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. 
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 


“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. 


Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. 


Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?” 
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 


Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. 
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. 
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim) 
------------------------ 
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: 
Maybank 

 'KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH' Acc No: 562496003074 atau
 Bank Islam
 'SAR AL-INSANIAH' Acc no: 12047010031372) 
Atau hubungi 
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 
Ustazah Norazainah 0173217971 



Thursday 26 January 2012

Saya digilis bas metro.

Tadi ayah dapat mesej dari seorang gadis bernama SALWANA.Tujuan dia mesej ayah aku untuk kongsikan kisah yang pernah dialaminya.Ini mesej-mesejnya.

"Saya hanya nak berkongsi pengalaman saya dengan JAIPUTRA.Sebab kes kami sama..cuma bezanya saya digilis bas metro,tapi Jai dengan treller yer??Maaf kalau kehadiran saya mengganggu pakcik sekeluarga.Saya hanya nak bagi semangat pada Jaiputra .Pakcik tanyalah pada nurse APS yang bernama Liz,cina .Dia tahu kes saya."-Salwana

"Insya'Allah saya akan pergi melawat Jai lagi..Saya anggap dia macam adik saya..Kes macam kami tak pernah lagi ada yang hidup,tapi Allah maha kuasa.Saya dapat berjalan walaupon menggunakan tongkat.Saya yakin Jai pon mampu berjalan macam saya atau mungkin lebih sebab tulang jai dah diperbetulkan tapi saya TIDAK.Insya'Allah ..Pak cik suruh la Jai berzikir..Saya selalu zikir yang dalam yasin (SALAMUN'KAULAMMIN'RRABBIN'RAHIM) Alhamdulillah saya jadi semangat..maaf kalau pakcik anggap saya mengajar pakcik ..tak terniat pon.Cuma ingin kongsi kebaikan.Saya akan tunggu dia sampai dia mampu call saya.Bila saya nampak dia,nak menitik air mata tapi kita jangan tunjuk kita sedih depan dia ..yakin kan dia ,dia akan pulih..Insya'Allah..."-SALWANA

Dua mesej yang aku baca ni membuatkan aku teringan nak jumpa SALWANA ni.InsyaAllah kami sekeluarga akan pergi menziarah SALWANA.

Ni gambar Jai yang terbaru.

===>Terharu ada juga orang yang sedia kongsi pengalaman<===

Tuesday 24 January 2012

Tikus punya kencing

Baru-baru ni kita semua digemparkan dengan kematian IZWAN PILUS yang dikatakan berpunca daripada kencing tikus atau nama saintifik nye Leptospirosi,.Sama juga dengan DIN BERAMBOI .
Apa yang aku nak kongsikan disini,setiap minggu di ICU HKL mesti ada kes baru yang berkaitan Leptospirosis ni.Majoriti mangsa dari binatang alah ni meninggal dunia.Inalillah....

 24 November 1979-20 Januari 2012
Al-fatihah

 22 Jun 1966-2 April 2010
Al-fatihah

Ahad lepas di ICU HKL,ada seorang askar lelaki dimasukkan hospital kerana dikatakan otaknya tidak berfungsi.Mula-mulanya ramai orang kata dia sakit sebab training dalam ATM,rupa-rupanya sebab kencing tikus.yang paling menyedihkan hari ini 25/1/2012 sepatutnya dia akan akad nikah.Bagus tunang dia coz sentiasa ada disisi dia sehingga saat pihak hospital cabut wayar pernafasan.Kes yang sama juga membabitkan askar minggu lepas tapi simptom yang dialaminya sesak nafas.

Sekali membiak amek kau....banyak kan .

Selama jaga adik aku dihospital baru 1 je kes kencing tikus yang selamat(setahu aku).Nama dia bakri,firsttime aku tengok bakri kat ICU,mata muka dia semua kekuningan,doktor cuma berani jamin 50/50 je waktu tu tapi Alhamdulillah,kuasa Tuhan YANG MAHA BERKUASA dia dah sihat sekarang.

hmm rindunya nak mandi kat sini..

Apa yang aku tahu,punca Leptospirosis daripada air yang dicemari kencing tikus menyentuh bukaan kulit,mata atau selaput lendir.Aku nasihatkan korang-korang yang rasa nak mandi di ULU YAM tu lupakan la.sebab majoriti yang aku tahu kes kencing tikus ni semuanya baru balik dari mandi manda di sana.


   ==>baru plan nak pergi berkelah .hmmm.<==

Saturday 21 January 2012

Budak bandar VS budak kampung

Bila cuti sekolah datang je..mesti budak-budak ni dah plan mana dorang nak pergi..
Pada budak bandar yang mana mak ayah tak dapat cuti comfirm hantar balik kampung.Tapi pada yang takde kampung haaa duduk la kau kat rumah tercongok depan TV dari pagi sampai malam.


(pinjam gambar kat cik google)

Macam family aku memang takde kampung,asal pon memang KG BARU .
nama je kampung tapi dalam bandar sadiskann..
Alkisahnye...Tadi adik-adik aku tanya 
"kak,boleh tak kitorang nak pergi swimming pool?"
aku jawab ye je laa sebab puan besar(mak) dah bagi permission dulu.
Tetiba aku terfikir,kesian nya budak bandar cuti je mandi swimming pool...kalau kat kampung masa ni best kalau dapat terjun sungai.
betul tak?

Nasib baik aku dulu sekolah kat perak merasa la juga 
kalau cuti sekolah pergi mandi sungai,mancing ikan ,
round2 kampung..paling best lari-lari kat tengah sawah.syok owwww..

(ni la zaman tingkatan 3)

Tapikan sekarang aku kesian kat adik-adik aku,
cuti sekolah je
 tengok TV,main game PS ,mandi swimming pool 
paling best pon aku bawa dorang keluar pergi jalan-jalan .
Tak syok kan duduk bandar ni...

(pinjam cik google)


==>hmmm rindu nak mandi sungai<==

Thursday 19 January 2012

Kek coklat

Taadaaaaaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni laaa kek aku buat tadi....

Rasa-rasa boleh meleleh tak..????

Cikgu meroyan

Tadi adik aku anis tetiba buka cerita pasal cikgu sekolah dia.Bila aku dengar dia cerita aku rasa cikgu dia tu gila.Sebab apa aku cakap gila..Ni cerita adik aku....

"Akak nak tahu tak, tadikan cikgu anis pukul kawan kita.Firdaus.SALAH dia cuma lambat bangun bagi salam je.Cikgu tu tak pasal-pasal datang kat firdaus terus tampar dia.pastukan kak cikgu tu cengkam kolar baju firdaus sambil tarik sideburn bawa dia keluar kelas.Kitorang semua dah takot.Kat luar cikgu tu tampar dia lagi  pastu suruh kutip sampah.Firdaus tu diam je.Bila time kitorang tengah buat PS firdaus tu pandang la cikgu tu ,cikgu tu boleh cakap 'apa pandang-pandang nak mampos'terukkan cikgu tu.Bila cikgu tu dah keluar kelas kitorang tanya firdaus tak sakit ke,dia kata dia tahan je tapi air mata dah mengalir dah.kesian dia kak."

Aku makin pelik dengan segelintir cikgu sekarang,suka sangat lepaskan kemarahan kat murid-murid..pernah dulu anis kene tarik rambut dengan cikgu sebab geli dengan kulit anis.(anis ada sakit kulit eczema).kadang-kadang aku rasa cikgu-cikgu ni tak kuat dari segi mental &emosi betul tak?

Cuba korang bayangkan dari cerita anis tadi,tak salah lah kalau si firdaus tadi jadi simpan dendam dengan cikgu tadi.dan nanti mula la kita dengar kes murid belasah cikgu pula.ish ish ish....

=>cikgu aku dulu garang &tegas,sayang cikgu..(^.^)...<=
Mood:
tetiba rasa nak buat kek coklat..
ngah tunggu kek dikukus 
sambil jengah blog orang..
Kita tunggu jadi ke tak ye....
hehehehe....

=>>>alamak tadi tengok kek merekah..<<<=

Monday 16 January 2012

Angkara mulut

"kau jangan main cakap je depan jai,jangan nak marah2 dia.INGAT,kita sakit hati kita boleh lari tinggalkan dia.tapi sekali dia terasa dia akan pergi selamanya"


Terngiang-ngiang pesanan Mak.


Mood:Nanges.....sedih ...serba salah.(TT_______TT)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 11 January 2012

Perkembangan Jaiputra

6/1/2012 genap 3bulan Jaiputra terlantar di HKL..Alhamdulillah,semakin hari semakin baik..semalam doktor pakar plastik surgery datang tengok Jai.Dan aku dimaklumkan INSYA'ALLAH pagi jumaat ni 13/1/2012 akan ada operation lagi sekali.tapi kali ni Operation untuk menutup luka Jai yang dibahagian belakang.

Sebelum ni doktor jangkakan luka Jai susah nak pulih sebab memerlukan masa yang lama tetapi seorang staff nurse bahagian bius nasihatkan mak beli Gel Gamat ni..


Mula-mula tu kitorang letak sorok-sorok sampailah terkantoi dengan doktor,punyalah marah si doktor tu siap bacakan balik label tu depan aku.
"cuba u baca ni,gel ni hanya untuk disapukan pada permukaan kulit sahja..tapi jai tu luka yang besar,u tak paham ke.?".aku hanya jawab paham.Tapi keesokannya bila doktor pakar datang tengok luka Jai,terus dia sendiri arahkan untuk terus sapu gel tu..masa tu aku senyum lebar je doktor yang sound aku tu..hehehe...

Pada yang nak tahu apa yang terjadi dengan Jai baca di SINI.

Sunday 8 January 2012

Anak ko Anak negro..!!

3Hari yang lepas mak aku mengurut ngan sorang makcik ni.Biasa la orang lepas bersalin mestila kene mengurut untuk buang segala angin dalam badan tu.Tetiba makcik ni buka cerita bila tengok adik baru aku.

Ada seorang kak dara tua ni(makcik tu yang panggil macam tu)umur 44 tahun berkerjaya tapi masih belum berkahwin.Dia teringin nak ada anak,pernah juga adik kandungnya sendiri berjanji nak serah anak yang dikandung tapi bila bersalin je terus tak jadi serah.Kecewa la juga si kak dara tua ni.So,memandangkan dia ada kemewahan sedikit dia layak untuk memohon ambil anak angkat disebuah pusat tutttt.

Minggu lepas kak dara tua tu dipanggil untuk buat pilihan baby mana yang nak diambil sebagai anak angkat.Kak dara tua ni ajak la makcik yang mengurut mak aku ni sebagai teman katanya dia tak tahu baby mana yang sihat.Sampai je diorang dipusat tu,mereka dibawa ke bilik baby.Ada 72 baby yang baru lahir.dan yang mengejutkan mereka hampir keseluruhan baby tu semua nya anak NEGRO .hanya 2-3 baby sahaja dari cina dan india.

 
-pinjam cik google-




Sangat memalukan bila makcik tu cerita pusat tu kebanyakannya dari pelajar kolej dan yang pasti pelajar MELAYU kita.Aku terfikir juga macam mana diorang boleh terfikir nak kat warga hitam tu.Bila tanya alasannya sama sebab KEMEWAHAN yang si pak hitam ni mampu bagi.Bayangkan baru 1 pusat ada 72 baby dari baka NEGRO tu.belum lagi pusat2 lain.ish...ish...tambah lagi pe yang aku dengar di negara kita sahaja ada 4000+ kelahiran dari baka NEGRO (xpasti lagi).waallahualam..

 -pinjam cik google-

Apa yang aku kongsikan ni..aku harap pada yang rasa2 nak try ngan si pakhitam tu.tolongla lupakan rugi sangat bila diri tu diorang dah puas guna diorang akan buang kita ni macam sampah..waktu tu menyesal pon dah tak guna lagi...

.
p/s:rasa-rasanya akan datang comfirm anak melayu dipinggirkan sebab tubuhnya geng anak NEGRO!!dan xmungkin juga PM kita akan datang pon anak NEGRO!!ahaksss..

Thursday 5 January 2012

ADIK BARU

Alhamdulillah,tanggal 29/12/2011 mak aku selamat lahirkan adik baru kami tepat jam 9:34am secara normal.
Bagi aku adik baru ni adalah berita yang paling happy untuk family kami pada 2011 ni,selepas bermacam-macam dugaan yang kami lalui.
(penat tunggu dia nak senyum ni)

Dari cerita ayah aku,pagi tu mak bangun nak solat subuh terkejut tengok dah keluar tanda darah bercampur dengan air.so,ayah pon segera bawa mak ke hospital.Dalam perjalanan ke hospital jalan jem sangat,sampai bulatan cheras ayah terserempak dengan polis trafik,alhamdulillah polis tu escorted sampai hospital.Bukan PM je tau boleh kene escorted...
  Nama:MUHAMMAD AMNIE DANISH
Date:29 DISEMBER 2011
Berat:3.8kg

(errrmmmm geramnye...!!! )

 haaaaa dah buka pon mata..hi dik..!!!

 Gambar ni nampak comel je dia kan...tapi lepas je pic ni di snap baby terus UWEEKKK...
gelabah aku terus letak dia atas katil hahahha...

*Dah seminggu tak jumpa baby...rindunye...!!!

Akhirnye kutemu Hilman ku...

Sejak 3minggu yang lepas aku mula baca AWAK SUKA SAYA TAK? penulisnya MELUR JELITA tapi kat penulisan2u..Cerita ni mula menarik minat aku tambah-tambah lagi bila baca komen dekat KELAB PEMINAT NOVEL..semua cakap best giler..Aku habiskan bacaan aku kat penulisan2u..dan yeeeeee aku mula jatuh cinta dengan watak HILMAN YONG a.k.a DAMIEN.
 (Dia lah yang dibayangkan sebagai HILMAN YONG)
-PINJAM DARI CIK GOOGLE-
2minggu lepas aku cari kat AMPANG POINT,sangat kecewa sebab amoi tu kata "Ooo itu celita arr manyak laku sudah habis arrr" ,ok aku dengan langkah longlai terus gerak area KL.Aku jalan sekitar masjid india ,semua cakap "maaf dik dah habis stok"sob,sob,sob...sangat sedih.Dah la aku ni gelabah masuk kedai orang terus tanya "awak suka saya tak ?ada tak?"HAHAHA boleh bayangkan tak.siap penjual tu gelak dulu baru dia jawab "xde" .
(PINJAM KAT CIK GOOGLE)

Dan semalam lagi sekali aku cari kat area KL dan kedai yang sama,kali ni soalan aku laen."Kak,ada buku MELUR JELITA tak?"akak tu senyum dan kata "tunggu ye"aku tengok dia ambil dicelah-celah buku macam sorok untuk aku je.ye buku tu tunggal 1.Bila aku dapat je buku tu aku terus menjerit."yeeyyyy..Terima kasih akak"aku terus pergi kaunter nak bayar.Tetiba cashier tu cakap "RM38.00"aku ternganga..."hah????? bukan RM35.00 ke??"cashier tu senyum "buku ni ada diskaun harga nya RM28.00"HAHAHAHHA malu macam mana boleh jadi pekak.
(excited tak muka aku..hahahaaa)

p/s:Pada yang masih mencari-cari lagi boleh la cari kat POPULAR AMCORP MALL kat sana stok baru sampai.Tak rugi membeli. (^.^)

To kak MELUR JELITA :Tahniah dapat menghasilkan cerita bukan sahaja tentang cinta tapi penuh dengan ilmu .SYABAS!
Tak sabar nak tunggu novel seterusnya I LOVE YOU ,STUPID.(*.*)