Sunday 30 September 2012

Jiran yang super power..,

Petang tadi tengah semua orang ngah relex tengok spongebob..
Tetiba adik lia ada bau terbakar..Lia gi cek dekat dapur takot kalau mak ada masak apa apa ke. . Tapi tak ada..bila buka tingkap dapur,rupa-rupanya bau tu datang dari luar..
Adik Lia (anis) cakap ada asap dari rumah jiran sebelah.. Lia pergi tengok memang betol asap dah banyak keluar dari tingkap dapur.,
Mak dah pergi cari jiran jiran yang lain sebab kami tengok pintu berkunci kami panggil tak ada orang menjawab. Bukan setakat panggil je tapi sambil  ketuk pagar dah macam nak tercabut.Ketuk tingkap macam nak pecah.tetap juga tak ada yang menyahut.
Datang seorang  abang ni terus tarik pili bomba nak jirus dari celah tingkap..malangnya air pula kecik je..
Dia terus pecahkan tingkap tu..bila nak pecahkan tingkap yang ke3 tetiba ada orang menyahut "ok abang ok abang ada orang kat rumah."

Ya Allah rupanya ada orang kat rumah, 1family dia  tido.. Jiran jiran yang lain semua eleng kepala, yang bongok nya si Ayah boleh salahkan anak dia yang baru umur 11tahun,. Mak lia minta maaf sambil tu bagi tahu yang kitorang semua dah ketuk, orang tu cuma angguk je.. Dan hempas pintu. Woowww.. Itu tanda TERIMA KASIH.??
Jiran cina Lia cakap "ini orang arr tak ada betol oww.."

Bila keadaan dah reda, mak dia dari blok lain datang tengok, dan dia boleh cakap orang pecah rumah dia tanpa sebab dan tak panggil diorang pon.dan boleh cakap diorang TAK TIDO. Ok ini last kitorang jiran jiran tolong orang yang teruk macam tu..

::hidup berjiran sentiasa saling membantu,. ^__^

Friday 28 September 2012

Public Busphone,bas tercanggih ??



Situasi yang hari-hari Lia kene tempoh..

SITUASI SENGAL

Bank           :boleh sambungkan saya dengan encik mohd hafiz?
Receptionist :ok,boleh saya tahu mohd hafiz dari department mana?
Bank           :ohh dia DRIVER BAS.
Receptionist :Maaf cik nak bercakap dengan dia atau nak comfirmation staff?
Bank           :sambungkan pada dia plizzz!!
Receptionist :Maaf cik tiada sambungan untuk dia.(tahan gelak)
Bank           :kenapa pulak??!!
Receptionist :sebab dia DRIVER BAS,dan atas bas TIADA telefon. (hahahaha)
Bank            :ohhh ok. -terus hempas ganggang-

SITUASI TAK PAHAM BAHASA

Bank           :Saya nak bercakap dengan mohd fuad
Receptionist :Mohd Fuad dari department mana cik.
Bank           :Tak pasti cik,kat sini dia tulis Operation
Receptionist : Maaf cik operation,kita tiada sambungan.Cik boleh buat comfirmation staff dulu.
Bank           :Tapi cik kenal dia tak?
Receptionist : Tak cik,..
Bank           :Tapi cik boleh pesan kat dia suruh call saya balik?
Receptionist :(tarik nafas panjang) cik saya tak kenal dia ,cik boleh call HR untuk comfirmation staff.
Bank           :Tapi cik kan keje sana ,cik tak kenal ke dengan dia ke?
Receptionist :TAK.cik call HR dulu..untuk comfir...(Bank terus letak ganggang)

SITUASI BERLAGAK

Bank           :Saya nak cakap dengan Rohaizat.
Receptionist :Dari department mana ye?
Bank           :Dia MANAGER .
Receptionist :Manager department mana cik?
Bank           :Ehhh awak ni dia MANAGER kat situ takkan tak kenal kot.
Receptionist:Yelah cik dari depatment mana ,sini banyak department.
Bank           :Saya tak tahu ,Bos kat sendiri pon tak kenal ke??
Receptionist :Memangla dia MANAGER ,tapi bukan bos saya,dan kalau cik tak tahu kan department mana sila buat comfirmation dulu.company ni besar dan BANYAK depatment.
Bank           :ohh ok..

KESIMPULAN:Kesian dengan bank2 yang selalu call tu.Lia tahu la dorang stress tapi budi bahasa tu kena la terapkan dalam diri.Ini tak tahu nak menengking je.

::BAJET 2013 akan lancar bas baru siap ada telefon ,SENANG bank ni nak cari driver....hehehehe...



Monday 24 September 2012

Blog bersarang..

Assalamualaikum,... ada tak yang nak menjawab ni...biasa la blog dah bersarang..
Wahhh sudah berkurun lamanya lia tak update blog ni....bukan update je tapi jenguk pon tak....muahahhaaa...tangan ni terlampau "rajin "sangat tu yang bersarang blog ni..

Tengahari tadi Lia sibuk silent reader blog orang..tetiba terbaca tentang NUFFNANG.
Tangan ni pon gatal la gi cek ada ke Lia ni dapat earning apa2...Alhamdulillah berjalan gak earning tu..
walaupon tak seberapa.. ^__^..

So ,bila dah tengok earning tu terasa nak berblogger balik pulak..muaahahahah..
ikot kan banyak Lia punya draft..nanti Lia akan post kan semua draft yang ada..
semua cerita dah berlapok..


::Tahniah to My bestfren.. Abdul fattah mohd amin (fatz) juara Hero Remaja..



waaahh menang naza 650z tuuu 
 
akhirnya tercapai impian ko jadi model kan... 
(^____^)