Assalamualaikum,
Hai sahabat2 ku...
Semoga di hari jumaat penghulu segala hari ini membawa berkat kepada kita semua.
Sekejap je kita dah masuk tahun baru,
dan sekejap je dah setahun adik bongsu mylia
Muhammad amnie danish.
Dan juga nak genap setahun Arwah adik mylia pergi..
Muhammad Jaiputra
Al-Fatihah.
Baru2 ni makcik mylia operation (kanser breast)di HKL
so,pada hari pertama mylia pergi melawat tu..
start dari dia masih dalam bilik operation mylia tunggu dia.sampai dia keluar ..
keadaan yang sama mylia lalui waktu jaga arwah jai.
waktu tu mylia dah mula rasa lain coz wad makcik mylia tu 1 aras dengan wad arwah dulu
tambahan pula polis bantuan dan nurse disitu masih kenal mylia akn tegur
"aikkk tengok adik ke?"
itula soalan diorg pada yg tak tahu arwah dah takde..
hati ni sayu je bila ditanya macam tu.
Bila malam tu rasa hati sayu je.. amik keputusan tido bilik dia
sambil nak lelap mata tu mata terpandang sweater dia..
aishhh rindunya nak gaduh berebut pakai baju tu..
terdetik dihati ni..
"masih marah ke arwah dengan aku."
mungkin kerana asyik tertanya soalan tu..
malam tu mylia mimpi dia..
mylia di ofis dia datang tapi version dia waktu pakai songkok.
dia senyum je.dan mylia tanya dia
"betol ke ni ko..bukan ke ko dah tak de"
dia senyum dan angguk.dia tarik mylia masuk 1 bilik.
dalam bilik tu ada 1 mesin taip.
Tang dia laju je taip
"TERIMA KASIH KAK"
tetiba mesin taip tu stuck.
mylia cuba betol kn coz nampak macam dia nk taip something lagi.
tapi tak sempat bila dia bersuara
"aku hanya datang sekejap je."
terus dia lenyap dari pandangan.
waktu tu mylia meraung panggil nama dia sambil menangis.
sampai mylia sedar pon masih menangis.
keluar dari bilik menangis lagi.
cari mak dan ayah cerita kan mimpi mylia.
mak cakap mylia masih trauma lagi untuk pergi hospital.
selepas mimpi tu 3 hari berturut2 mylia pergi kubur dia
bersihkan apa yang patut.
Kehilangan dia sangat terasa
kadang2 rasa dia sentiasa ada disisi mylia sebenarnya..
31 january ni genap dia setahun meninggal kan kami.
InsyaAllah kami adakan tahlil di surau rumah.
AL-FATIHAH.
-masih rindukan dia...-