Saturday 8 October 2011

MUHAMMAD JAIPUTRA

Jam 7.50 pm hari khamis aku dapat panggilan call dari mak."akak,ko kat mana balik sekarang.Jai excident.".Pendek sahaja panggilan mak,aku terkedu.

Jam 8.00pm ayah aku pula call."akak,kat mana?ayah otw nak ke hospital.ambulan dah hantar ke hospital."air mata aku dah mengalir.Aku bergegas ke hospital.

Jam 8.45pm aku sampai di kecemasan,disana makcik ,sepupu-sepupu dan kawan-kawan adikku dah sampai.aku lihat keadaannya lututku lemah.aku dengar suaranya mengerang kesakitan."sakit...sakit..sakit..".
Ya Allah selamatkan la adik aku.
.
Mak aku tiba jam 9.15pm,doktor mintak mak sain macam2 surat.
Mak terduduk bila doktor terang keadaan adik.

-kemungkinan pendarahan di kepala
-kaki kiri patah
-pinggang patah
-telur koyak hingga ke belakang punggung
-dalaman hancur

Mak menangis.Ayah terduduk.Kami hanya mampu berdoa.
sebelum adik ditolak ke bilik bedah.
Mak dan ayah ajar adik mengucap tapi adik cakap.
"mak sakit..sumpah mak sakit...adik tak tahan.ampunkan salah adik.adik mintak maaf kat semua"adik genggam tangan mak.Mak usap kepala adik tenangkan adik.
"ingat mak sayang kan jai..jai anak mak yang baik..,jai sayang mak kan..jai mesti kuat k." itu kata2 mak sebelom adik masuk ke bilik bedah.
kami umpama kembar.

No comments:

Post a Comment