Tuesday 18 December 2012

wordless wednesday


-Ingatan Untuk kita semua-

BANGKIT

Assalamualaikum...

Hai lamanya Lia menyepi.. 
last entry pon macam orang dah putus harapan untuk hidup...
sekarang Lia dah kembali BANGKIT untuk MAJU kan diri dalam hidup ni..
banyak Lia nak kongsi ngan korang 
apa yang terjadi...


Sekarang Lia dah umpama 
rama2 terbang bebas...
bebas dari tempat kerja yang menyusahkan ...

Buat pengetahuan korang Lia dah mula kerja baru..
awal disember lepas...
ALHAMDULILLAH...
semuanya ok dari segi bos sampai laa rakan ofis semua OK.

Thanks pada yang beri semangat pada Lia.. 




Monday 29 October 2012

Albert Jay Collectiona

Assalamualaikum...

Dalam entry lepas Lia ada wat Hot promotion kan..
Promotion tu dari Albert Jay Collection.
Lia sendiri yg usahakan AJC ni.
Kenapa Lia letak nama AJC ni ??
macam nama lelaki dan perlu ke Albert bagai..kaan..
Jay tu nama arwah adik Lia 
Albert tu nama panggilan kawan2 dia.
so,Lia gabungkan Albert Jay Collection sebab arwah dulu yg banyak 
cadangkan macam2 untuk berbisnes ni.
Lagi 1 arwah memang suka kumpul perfume untuk di jadikan Collection.
ok cukup intro nye..

Ini FB AJC ...
Sila laa LIKE ye.. pada yg sudi.. 
^___^

AJC sekarang ada PROMOTION
Buy 2 only RM80
FREE POSTAGE!!!










##Thankxz pada yg menyokong Lia..^__^

Sunday 28 October 2012

HOT PROMOTION!!

Assalamualaikum..

Lia nak kongsi jualan 
HOT PROMOTION!!!

Perfume 90% sama seperti 
ori dari segi bau dan packaging nya..

Sesuai untuk golongan yang menjaga bajet 
boleh juga dijadikan hadiah

Perfume Gred AAA
Rm50 sebotol
2botol RM80
free postage!!!





Monday 22 October 2012

Telatah si bongsu,.


Assalamualaikum..

Tak ada mood nak update blog ni...
asyik banyak sangat masalah..
tapi xpe layan laa gambar adik bongsu Lia ..
MUHAMMAD AMNIE DANISH 









Wednesday 17 October 2012

"7 hari mencintaiku..."

Assalamualaikum

Hari ni Lia nak cite pasal 1 novel ni yang dah buat Lia suka sangat novel tu.
boleh baca berulang ulang kali tau. TAK BOSAN langsung ok.

"7 hari mencintaiku."


Novel ni menceritakan tentang kisah seorang gadis bernama MIA ADRIANA
yang memang sombong dan berlagak giler..
Watak Mia ni memang buat kita akan sakit hati rasa cam nak lempang2 je kalau jumpa REAL.
Tapi bila dia baik alahai..kesian la pulak..
Mia ni anak orang kaya yang dipaksa kawen ngan lelaki yang paling dia benci.
KHUZAIRI.
Macam2 Mia ni buat kat Khuzairi ni supaya Khuzairi sakit hati dan lepaskan dia.
Tapi Khuzairi memang lelaki yang penyabar la dan bertanggungjawab.
respect arr kalau betol ada lelaki macam dia yang REAL.
hehehhe....
Apa yang Lia suka sangat-sangat  novel ni.
Penulis ni pandai guna ayat yang membuat kan 
kita boleh bayang setiap apa yang berlaku 
termasuk mimik muka,keadaan sekeliling rumah atau kawasan dalam cerita tu.

Part yang paling Lia suka masa tu Mia ni mengandung dia terbau 
something kat khuzairi yang dia suka sangat.. 
Dia tanya khuzairi pakai minyak wangi apa..
khuzairi ni keluarkan semua minyak wangi n bedak yang dia pakai.
tapi semua tu mia tak suka..
dengan malu2 Mia cakap 
" saya suka bau awak."
aku rasa macam sweet nye....
Lagi 1 si mia ni setiap kali tido mesti nak tido berlapikkan lengan khuzairi 
kalau tak mesti tak boleh nak tido...
oohhhh soo sweet...kan.


::nak cari novel baru pulak ... dah berulang baca yang ni..


Sunday 30 September 2012

Jiran yang super power..,

Petang tadi tengah semua orang ngah relex tengok spongebob..
Tetiba adik lia ada bau terbakar..Lia gi cek dekat dapur takot kalau mak ada masak apa apa ke. . Tapi tak ada..bila buka tingkap dapur,rupa-rupanya bau tu datang dari luar..
Adik Lia (anis) cakap ada asap dari rumah jiran sebelah.. Lia pergi tengok memang betol asap dah banyak keluar dari tingkap dapur.,
Mak dah pergi cari jiran jiran yang lain sebab kami tengok pintu berkunci kami panggil tak ada orang menjawab. Bukan setakat panggil je tapi sambil  ketuk pagar dah macam nak tercabut.Ketuk tingkap macam nak pecah.tetap juga tak ada yang menyahut.
Datang seorang  abang ni terus tarik pili bomba nak jirus dari celah tingkap..malangnya air pula kecik je..
Dia terus pecahkan tingkap tu..bila nak pecahkan tingkap yang ke3 tetiba ada orang menyahut "ok abang ok abang ada orang kat rumah."

Ya Allah rupanya ada orang kat rumah, 1family dia  tido.. Jiran jiran yang lain semua eleng kepala, yang bongok nya si Ayah boleh salahkan anak dia yang baru umur 11tahun,. Mak lia minta maaf sambil tu bagi tahu yang kitorang semua dah ketuk, orang tu cuma angguk je.. Dan hempas pintu. Woowww.. Itu tanda TERIMA KASIH.??
Jiran cina Lia cakap "ini orang arr tak ada betol oww.."

Bila keadaan dah reda, mak dia dari blok lain datang tengok, dan dia boleh cakap orang pecah rumah dia tanpa sebab dan tak panggil diorang pon.dan boleh cakap diorang TAK TIDO. Ok ini last kitorang jiran jiran tolong orang yang teruk macam tu..

::hidup berjiran sentiasa saling membantu,. ^__^

Friday 28 September 2012

Public Busphone,bas tercanggih ??



Situasi yang hari-hari Lia kene tempoh..

SITUASI SENGAL

Bank           :boleh sambungkan saya dengan encik mohd hafiz?
Receptionist :ok,boleh saya tahu mohd hafiz dari department mana?
Bank           :ohh dia DRIVER BAS.
Receptionist :Maaf cik nak bercakap dengan dia atau nak comfirmation staff?
Bank           :sambungkan pada dia plizzz!!
Receptionist :Maaf cik tiada sambungan untuk dia.(tahan gelak)
Bank           :kenapa pulak??!!
Receptionist :sebab dia DRIVER BAS,dan atas bas TIADA telefon. (hahahaha)
Bank            :ohhh ok. -terus hempas ganggang-

SITUASI TAK PAHAM BAHASA

Bank           :Saya nak bercakap dengan mohd fuad
Receptionist :Mohd Fuad dari department mana cik.
Bank           :Tak pasti cik,kat sini dia tulis Operation
Receptionist : Maaf cik operation,kita tiada sambungan.Cik boleh buat comfirmation staff dulu.
Bank           :Tapi cik kenal dia tak?
Receptionist : Tak cik,..
Bank           :Tapi cik boleh pesan kat dia suruh call saya balik?
Receptionist :(tarik nafas panjang) cik saya tak kenal dia ,cik boleh call HR untuk comfirmation staff.
Bank           :Tapi cik kan keje sana ,cik tak kenal ke dengan dia ke?
Receptionist :TAK.cik call HR dulu..untuk comfir...(Bank terus letak ganggang)

SITUASI BERLAGAK

Bank           :Saya nak cakap dengan Rohaizat.
Receptionist :Dari department mana ye?
Bank           :Dia MANAGER .
Receptionist :Manager department mana cik?
Bank           :Ehhh awak ni dia MANAGER kat situ takkan tak kenal kot.
Receptionist:Yelah cik dari depatment mana ,sini banyak department.
Bank           :Saya tak tahu ,Bos kat sendiri pon tak kenal ke??
Receptionist :Memangla dia MANAGER ,tapi bukan bos saya,dan kalau cik tak tahu kan department mana sila buat comfirmation dulu.company ni besar dan BANYAK depatment.
Bank           :ohh ok..

KESIMPULAN:Kesian dengan bank2 yang selalu call tu.Lia tahu la dorang stress tapi budi bahasa tu kena la terapkan dalam diri.Ini tak tahu nak menengking je.

::BAJET 2013 akan lancar bas baru siap ada telefon ,SENANG bank ni nak cari driver....hehehehe...



Monday 24 September 2012

Blog bersarang..

Assalamualaikum,... ada tak yang nak menjawab ni...biasa la blog dah bersarang..
Wahhh sudah berkurun lamanya lia tak update blog ni....bukan update je tapi jenguk pon tak....muahahhaaa...tangan ni terlampau "rajin "sangat tu yang bersarang blog ni..

Tengahari tadi Lia sibuk silent reader blog orang..tetiba terbaca tentang NUFFNANG.
Tangan ni pon gatal la gi cek ada ke Lia ni dapat earning apa2...Alhamdulillah berjalan gak earning tu..
walaupon tak seberapa.. ^__^..

So ,bila dah tengok earning tu terasa nak berblogger balik pulak..muaahahahah..
ikot kan banyak Lia punya draft..nanti Lia akan post kan semua draft yang ada..
semua cerita dah berlapok..


::Tahniah to My bestfren.. Abdul fattah mohd amin (fatz) juara Hero Remaja..



waaahh menang naza 650z tuuu 
 
akhirnya tercapai impian ko jadi model kan... 
(^____^)

Wednesday 4 July 2012

"kita kawan sampai mampos"

Assalamualaikum..

1julai lepas aku join member sekolah buat reunion untuk ex kelas.
Jumpa la walaupon berapa kerat je yang ada.

Kitorang reunion kat PD je. Pagi-pagi dah konvoi dua kereta.
 Memang excited la sebab dah lama tak jumpa.tambah si model dan bakal ibu.

 
Dalam member kelas aku dia sorang ni aja yang dah kahwin.Semua memang excited nak tunggu dia bersalin.Siap pesan lagi "syanor ,kalau ko nak bersalin jangan lupa call kitorang"


aishhh memang tak jadi bersalin la kalau tengok muka kitorang ni...

"ingat kita kawan sampai mampos.."
statement ganas giler...



Ni bestfren paling rapat dengan aku.. sayang korang sangat sangat...
Hope dapat buat aktiviti macam ni lagi....
 

*sayang korang sampai bile bile............... ^___^

Monday 14 May 2012

Perhimpunan Hari Pekerja 2012

Assalamualaikum ...
Morning... ceriakan hari dengan senyuman.. 
(^_______________^)


Pada hari sabtu yang lepas Syarikat aku join 
Perhimpunan Hari Pekerja 2012.
bertempat di 
Malaysia Agro Exposition Park, Serdang(MAEPS).
Majlis dirasmikan oleh
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Seramai 156 Syarikat dan agensi kerajaan seluruh Malaysia
telah ambil bahagian dalam acara tahun ini.
Dalam masa yang sama telah menghimpun 10,000 pekerja.

 Syarikat aku telah meraih NAIB JUARA 
kategori Kontinjen Terbaik.
 
Malas nak pot pet lebih layan gambar gambar ni yeee...


-jam 6.30 am dah berkumpul tau
tengok muka aku ceria kan...-

-colourfull kan.... -

-berkumpul tunggu makanan-

-ketibaan dato,semua nak salam aku je tak sampai tangan.-

-yang baju putih tu ramai yang bos2 besar tu..semangat...-

-ni bos besar bahagian bas...yeyyy menang-


-yaaaa piala ini aku yang punya...
tengok muka aku yang kelaparan +keletihan hilang makeup heee-

-ceeerr tengok kotak putih tu korang rasa apa??
muka bangga tuu-


-yeyyyyyyy PRASARANA bOLEH..!!-