Sunday 4 December 2011

Jaiputra

Assalamualaikum ..
First sekali aku nak minta maaf coz dah lama tak update.
kerana sibuk dan tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.
Pada pengetahuan korang,adik aku JAI telah keluar dari ICU pada 11/11/2011
dan ditempatkan pada wad 11.

Pada saat diberitahu aku bersyukur sangat sebab adik aku mula tunjuk kearah positiv.
Aku dengan rela hati ambil tanggungjawab untuk menjaga JAI diwaktu malam.
tapi JAI merasa kegembiraan hanya sebentar sahaja.
bila luka dia dibiar tanpa dicuci.
Daging nya makin hari makin banyak dipotong.
sehingga pinggang kiri berlubang.

Pada 20/11/2011,
JAI mula tunjuk tanda lemah 
dan taknak minum.

Pada 21/11/2011 
JAI muntah teruk ,doktor stopkan susu dia.
dan jai tak boleh terima apa-apa air melalui mulut.
 doktor kata kemungkinan usus JAI bengkak.

Pada 25/11/2011
Jai tidak sedarkan diri,
tekanan darahnya makin lemah 
Doktor cuba sedaya upaya..
tapi JAI terlalu lemah.
Doktor ambil keputusan 
untuk masukkan JAI ke ICU semula..

ALHAMDULILLAH ...
sekarang JAI di ICU ..
keadaan dia makin pulih cuma tidak sepenuhnya..
biarlah dia di ICU
sebab disana dia dijaga dengan lebih rapi lagi..




p/s:hari ni operation lagi...nak buang daging lagi.hmmmm

No comments:

Post a Comment