Wednesday, 28 December 2011

Serba salah..

Sejak aku jaga Jai kat hospital aku tak pernah minum atau makan depan dia...
Mungkin Jai perasan,dia suruh aku minum je depan dia..tapi aku menolak.
Seminggu lepas,Jai perasan pesakit depan dia tengah makan,Jai pandang aku sambil pegang perut "kak,aku lapar"..aku hanya mampu sabarkan dia dan halangkan pandangan dari Jai.


Malam tu Jai bertanya :

Jai  :Akak aku lapar ngan haus ..
aku :Cam Mana aku nak buat..ko sabar yee..

-jai mengeleng kepala-

Jai :ko dah minum air?
Aku :dah..(tipu jaga hati dia)
Jai:Ko pergi la beli air pastu minum dekat2 dengan aku..
Aku:Untuk apa..? Tak nak laa tak sampai hati aku..
Jai :Tak pee...plizz aku nak bau je..pergi la beli..

Aku terkedu bila jai buat permintaan tu..Jai merayu dan aku tak sanggup nak tolak.
Sejak malam tu setiap apa yang aku makan aku akan tanya dia nak makan apa dan aku akan makan depan dia ..itu permintaan Jai..

Kalau korang ,masih lalu ke nak makan depan adik yang hanya mampu tengok dan bau sahaja makanan tu..???



No comments:

Post a Comment