Wednesday 28 December 2011

PERINGATAN..!!

"JANGAN MASUK TOILET PADA JAM 23:59pm 31/12/11.KERANA ANDA AKAN KELUAR DARI TOILET PADA TAHUN HADAPAN"


P/S :SELAMAT TAHUN BARU.!! BYE BYE 2011 HAI HAI 2012....
      ~azam 2012 nak tunaikan azam 2011,2010,2009,2008,2007 ......boleh????~

Serba salah..

Sejak aku jaga Jai kat hospital aku tak pernah minum atau makan depan dia...
Mungkin Jai perasan,dia suruh aku minum je depan dia..tapi aku menolak.
Seminggu lepas,Jai perasan pesakit depan dia tengah makan,Jai pandang aku sambil pegang perut "kak,aku lapar"..aku hanya mampu sabarkan dia dan halangkan pandangan dari Jai.


Malam tu Jai bertanya :

Jai  :Akak aku lapar ngan haus ..
aku :Cam Mana aku nak buat..ko sabar yee..

-jai mengeleng kepala-

Jai :ko dah minum air?
Aku :dah..(tipu jaga hati dia)
Jai:Ko pergi la beli air pastu minum dekat2 dengan aku..
Aku:Untuk apa..? Tak nak laa tak sampai hati aku..
Jai :Tak pee...plizz aku nak bau je..pergi la beli..

Aku terkedu bila jai buat permintaan tu..Jai merayu dan aku tak sanggup nak tolak.
Sejak malam tu setiap apa yang aku makan aku akan tanya dia nak makan apa dan aku akan makan depan dia ..itu permintaan Jai..

Kalau korang ,masih lalu ke nak makan depan adik yang hanya mampu tengok dan bau sahaja makanan tu..???



Thursday 22 December 2011

DA'BABARIAN..

Hello..hari ni tetiba rasa nak update entry banyak2..
saje nak kongsi cerita apa yang sebelum ni aku tak tercerita,.boleh??
Baru-baru ni company aku ade buat tournament futsal
tetiba ada aku dipilih untuk memenuhkan kumpulan D'BABARIAN ni.
walaupon aku TAK PERNAH pon menjebakkan diri ke arah sukan tu tapi aku terima juga pelawaan mereka-mereka ini.
 Buat pengetahuan korang,kitorang semua ni kebanyakan tak pernah jumpa dan tak pernah training bersama ye..Tapi kami tetap boleh kalahkan team yang sememangnya team futsal dan champion sebelom ni..(erkk betul ke)
Yeyyy...cuba teka dapat no berapa???hahahha ayat kat atas tu bajet cam juara je kan..
ok sebenarnye group kitorang ni menang no 3..dari 4 kumpulan ye...ok aku ulang dari 4 kumpulan yeee...
ok kannn....

korang leh agak aku yang mana kan..so tak payah la peduli sangat dengan ketembaman(ade ekk ayat ni) aku tu ok..
cantikkan ....gambar macam juara je...hahahahha




Yeyyyy...Gooooo DA'BABARIAN.....Gambar ni semua hak milik..cik no5 yeeee..

p/s:tetiba rasa nak maen lagi futsal ni ....best..!!

Wednesday 21 December 2011

sayangi binatang...

ok ni entry kedua aku..
saja je nak share haiwan2 yang aku sayang 
dalam hidup aku..
(dah cam kenalkan family dah)
layan gambar2 ni ye...

 Nama:kimora leemonce
Jantina:jantan sejati
status:single
hakmilik:yang aku paling sayang
 Nama:jandy putih
Jantina:jantan selamanya
status:hubby memey
hakmilik:aku juga
 Nama:si kecik memey
Jantina;gegirl..
status:bini jandi siputih
hakmilik:adik bongsu aku.
Nama:Baby stoking
Jantina:Gegirl juga
status:single
Hakmilik:Adik Kedua aku  
 Nama:Stodeng debab
Jantina:Mat jantan
Status:minat kucing sebelah
Hakmilik:makcik aku
Nama:Ceplos(si Ratu cantik)
Jantina:Gegirl
Status:Single
Hakmilik:Makcik aku juga 
Nama:Bobo
Jantina:lupa laaa
Status:muda lagi..
Hakmilik:semua staff Rapid
Nama:Mak si Bobo(xde nama)
Jantina:comfirm la betina(kata mak kaann)
status:Janda
Hakmilik:staff rapid juga..
Banyakkan haiwan yang aku sayang..(^.^)...
 

Tetiba Rindu

Pagi tadi OTW pergi kerja 
aku terjumpa kucing comel sangat...
tetiba rindu kat kucing aku BABY...
Baby ni adik aku Jai yang bawa dia balik.
Jai jumpa Baby kat dalam enjin kereta..(jai keje mekanik)
waktu mula2 jai bawa baby ..
badan die penuh dengan minyak hitam
dan takot dengan orang..

 Tapi selepas seminggu je Baby dah manja..
tido pon nak atas riba orang...
Baby paling tak suka kalau kita sergah dia
ataupon renung mata dia..
comfirm dia akan kejar dan tarik rambut kita,,
hahahahaa...
tapi....
sekarang Baby dah tak de
sejak aku pakaikan dia rantai..
adik aku cakap dia dah kene curi...
sangat2 sedih coz xdapat nak tengok telatah dia lagi,...
Baby & kimora.
menggedix..

semuanya tinggal kenangan...

Sunday 4 December 2011

Jaiputra

Assalamualaikum ..
First sekali aku nak minta maaf coz dah lama tak update.
kerana sibuk dan tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.
Pada pengetahuan korang,adik aku JAI telah keluar dari ICU pada 11/11/2011
dan ditempatkan pada wad 11.

Pada saat diberitahu aku bersyukur sangat sebab adik aku mula tunjuk kearah positiv.
Aku dengan rela hati ambil tanggungjawab untuk menjaga JAI diwaktu malam.
tapi JAI merasa kegembiraan hanya sebentar sahaja.
bila luka dia dibiar tanpa dicuci.
Daging nya makin hari makin banyak dipotong.
sehingga pinggang kiri berlubang.

Pada 20/11/2011,
JAI mula tunjuk tanda lemah 
dan taknak minum.

Pada 21/11/2011 
JAI muntah teruk ,doktor stopkan susu dia.
dan jai tak boleh terima apa-apa air melalui mulut.
 doktor kata kemungkinan usus JAI bengkak.

Pada 25/11/2011
Jai tidak sedarkan diri,
tekanan darahnya makin lemah 
Doktor cuba sedaya upaya..
tapi JAI terlalu lemah.
Doktor ambil keputusan 
untuk masukkan JAI ke ICU semula..

ALHAMDULILLAH ...
sekarang JAI di ICU ..
keadaan dia makin pulih cuma tidak sepenuhnya..
biarlah dia di ICU
sebab disana dia dijaga dengan lebih rapi lagi..




p/s:hari ni operation lagi...nak buang daging lagi.hmmmm