Thursday, 5 January 2012

Akhirnye kutemu Hilman ku...

Sejak 3minggu yang lepas aku mula baca AWAK SUKA SAYA TAK? penulisnya MELUR JELITA tapi kat penulisan2u..Cerita ni mula menarik minat aku tambah-tambah lagi bila baca komen dekat KELAB PEMINAT NOVEL..semua cakap best giler..Aku habiskan bacaan aku kat penulisan2u..dan yeeeeee aku mula jatuh cinta dengan watak HILMAN YONG a.k.a DAMIEN.
 (Dia lah yang dibayangkan sebagai HILMAN YONG)
-PINJAM DARI CIK GOOGLE-
2minggu lepas aku cari kat AMPANG POINT,sangat kecewa sebab amoi tu kata "Ooo itu celita arr manyak laku sudah habis arrr" ,ok aku dengan langkah longlai terus gerak area KL.Aku jalan sekitar masjid india ,semua cakap "maaf dik dah habis stok"sob,sob,sob...sangat sedih.Dah la aku ni gelabah masuk kedai orang terus tanya "awak suka saya tak ?ada tak?"HAHAHA boleh bayangkan tak.siap penjual tu gelak dulu baru dia jawab "xde" .
(PINJAM KAT CIK GOOGLE)

Dan semalam lagi sekali aku cari kat area KL dan kedai yang sama,kali ni soalan aku laen."Kak,ada buku MELUR JELITA tak?"akak tu senyum dan kata "tunggu ye"aku tengok dia ambil dicelah-celah buku macam sorok untuk aku je.ye buku tu tunggal 1.Bila aku dapat je buku tu aku terus menjerit."yeeyyyy..Terima kasih akak"aku terus pergi kaunter nak bayar.Tetiba cashier tu cakap "RM38.00"aku ternganga..."hah????? bukan RM35.00 ke??"cashier tu senyum "buku ni ada diskaun harga nya RM28.00"HAHAHAHHA malu macam mana boleh jadi pekak.
(excited tak muka aku..hahahaaa)

p/s:Pada yang masih mencari-cari lagi boleh la cari kat POPULAR AMCORP MALL kat sana stok baru sampai.Tak rugi membeli. (^.^)

To kak MELUR JELITA :Tahniah dapat menghasilkan cerita bukan sahaja tentang cinta tapi penuh dengan ilmu .SYABAS!
Tak sabar nak tunggu novel seterusnya I LOVE YOU ,STUPID.(*.*)

No comments:

Post a Comment