Saturday, 21 January 2012

Budak bandar VS budak kampung

Bila cuti sekolah datang je..mesti budak-budak ni dah plan mana dorang nak pergi..
Pada budak bandar yang mana mak ayah tak dapat cuti comfirm hantar balik kampung.Tapi pada yang takde kampung haaa duduk la kau kat rumah tercongok depan TV dari pagi sampai malam.


(pinjam gambar kat cik google)

Macam family aku memang takde kampung,asal pon memang KG BARU .
nama je kampung tapi dalam bandar sadiskann..
Alkisahnye...Tadi adik-adik aku tanya 
"kak,boleh tak kitorang nak pergi swimming pool?"
aku jawab ye je laa sebab puan besar(mak) dah bagi permission dulu.
Tetiba aku terfikir,kesian nya budak bandar cuti je mandi swimming pool...kalau kat kampung masa ni best kalau dapat terjun sungai.
betul tak?

Nasib baik aku dulu sekolah kat perak merasa la juga 
kalau cuti sekolah pergi mandi sungai,mancing ikan ,
round2 kampung..paling best lari-lari kat tengah sawah.syok owwww..

(ni la zaman tingkatan 3)

Tapikan sekarang aku kesian kat adik-adik aku,
cuti sekolah je
 tengok TV,main game PS ,mandi swimming pool 
paling best pon aku bawa dorang keluar pergi jalan-jalan .
Tak syok kan duduk bandar ni...

(pinjam cik google)


==>hmmm rindu nak mandi sungai<==

3 comments:

  1. background kat sawah tuh , dekat mana ek ? teringin nak pegi :)

    ReplyDelete
  2. ni kat perak...OTW ke lenggong...

    ReplyDelete