Wednesday, 11 January 2012

Perkembangan Jaiputra

6/1/2012 genap 3bulan Jaiputra terlantar di HKL..Alhamdulillah,semakin hari semakin baik..semalam doktor pakar plastik surgery datang tengok Jai.Dan aku dimaklumkan INSYA'ALLAH pagi jumaat ni 13/1/2012 akan ada operation lagi sekali.tapi kali ni Operation untuk menutup luka Jai yang dibahagian belakang.

Sebelum ni doktor jangkakan luka Jai susah nak pulih sebab memerlukan masa yang lama tetapi seorang staff nurse bahagian bius nasihatkan mak beli Gel Gamat ni..


Mula-mula tu kitorang letak sorok-sorok sampailah terkantoi dengan doktor,punyalah marah si doktor tu siap bacakan balik label tu depan aku.
"cuba u baca ni,gel ni hanya untuk disapukan pada permukaan kulit sahja..tapi jai tu luka yang besar,u tak paham ke.?".aku hanya jawab paham.Tapi keesokannya bila doktor pakar datang tengok luka Jai,terus dia sendiri arahkan untuk terus sapu gel tu..masa tu aku senyum lebar je doktor yang sound aku tu..hehehe...

Pada yang nak tahu apa yang terjadi dengan Jai baca di SINI.

No comments:

Post a Comment