Tadi adik aku anis tetiba buka cerita pasal cikgu sekolah dia.Bila aku dengar dia cerita aku rasa cikgu dia tu gila.Sebab apa aku cakap gila..Ni cerita adik aku....
"Akak nak tahu tak, tadikan cikgu anis pukul kawan kita.Firdaus.SALAH dia cuma lambat bangun bagi salam je.Cikgu tu tak pasal-pasal datang kat firdaus terus tampar dia.pastukan kak cikgu tu cengkam kolar baju firdaus sambil tarik sideburn bawa dia keluar kelas.Kitorang semua dah takot.Kat luar cikgu tu tampar dia lagi pastu suruh kutip sampah.Firdaus tu diam je.Bila time kitorang tengah buat PS firdaus tu pandang la cikgu tu ,cikgu tu boleh cakap 'apa pandang-pandang nak mampos'terukkan cikgu tu.Bila cikgu tu dah keluar kelas kitorang tanya firdaus tak sakit ke,dia kata dia tahan je tapi air mata dah mengalir dah.kesian dia kak."
Aku makin pelik dengan segelintir cikgu sekarang,suka sangat lepaskan kemarahan kat murid-murid..pernah dulu anis kene tarik rambut dengan cikgu sebab geli dengan kulit anis.(anis ada sakit kulit eczema).kadang-kadang aku rasa cikgu-cikgu ni tak kuat dari segi mental &emosi betul tak?
Cuba korang bayangkan dari cerita anis tadi,tak salah lah kalau si firdaus tadi jadi simpan dendam dengan cikgu tadi.dan nanti mula la kita dengar kes murid belasah cikgu pula.ish ish ish....
=>cikgu aku dulu garang &tegas,sayang cikgu..(^.^)...<=
ish, teruknya cikgu macam tu!! rase marah pulak bile dgr cerita mcm ni. cikgu patut bimbing budak, bukan pukul sesuka hati, no wonder la sekarang banyak kes murid tak hormat cikgu dah =="
ReplyDeletebetul2..jangan salahkan murid la kaaaan...
ReplyDeletesuruh parents direct gi jumpa guru besar . tak pun naik je kementerian . nak lagi bagus, keluar kt surat khabar. ;)
ReplyDeletecikgu mcm tu , bahaya tau . jangan diam je .