Tuesday, 24 January 2012

Tikus punya kencing

Baru-baru ni kita semua digemparkan dengan kematian IZWAN PILUS yang dikatakan berpunca daripada kencing tikus atau nama saintifik nye Leptospirosi,.Sama juga dengan DIN BERAMBOI .
Apa yang aku nak kongsikan disini,setiap minggu di ICU HKL mesti ada kes baru yang berkaitan Leptospirosis ni.Majoriti mangsa dari binatang alah ni meninggal dunia.Inalillah....

 24 November 1979-20 Januari 2012
Al-fatihah

 22 Jun 1966-2 April 2010
Al-fatihah

Ahad lepas di ICU HKL,ada seorang askar lelaki dimasukkan hospital kerana dikatakan otaknya tidak berfungsi.Mula-mulanya ramai orang kata dia sakit sebab training dalam ATM,rupa-rupanya sebab kencing tikus.yang paling menyedihkan hari ini 25/1/2012 sepatutnya dia akan akad nikah.Bagus tunang dia coz sentiasa ada disisi dia sehingga saat pihak hospital cabut wayar pernafasan.Kes yang sama juga membabitkan askar minggu lepas tapi simptom yang dialaminya sesak nafas.

Sekali membiak amek kau....banyak kan .

Selama jaga adik aku dihospital baru 1 je kes kencing tikus yang selamat(setahu aku).Nama dia bakri,firsttime aku tengok bakri kat ICU,mata muka dia semua kekuningan,doktor cuma berani jamin 50/50 je waktu tu tapi Alhamdulillah,kuasa Tuhan YANG MAHA BERKUASA dia dah sihat sekarang.

hmm rindunya nak mandi kat sini..

Apa yang aku tahu,punca Leptospirosis daripada air yang dicemari kencing tikus menyentuh bukaan kulit,mata atau selaput lendir.Aku nasihatkan korang-korang yang rasa nak mandi di ULU YAM tu lupakan la.sebab majoriti yang aku tahu kes kencing tikus ni semuanya baru balik dari mandi manda di sana.


   ==>baru plan nak pergi berkelah .hmmm.<==

No comments:

Post a Comment